BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 4, 2010

Koleksi gambar


peta A'Famosa


istana Zaman Kesultanan Melayu Melaka



Kejatuhan Melaka

Pada tahun 1448, Sultan Mahmud Shah mewarisi Melaka yang telah mencapai kemuncak kuasa dan merupakan pusat dagangan yang unggul di Asia Tenggara. Bendahara Tun Perak, pencipta keunggulan Melaka, telah tua. Begitu juga dengan Laksamana Hang Tuah . Pemerintahan Sultan Mahmud Shah juga mengalami rancangan jahat dan pilih kasih. Beliau bukan seorang raja yang cekap, akan tetapi beliau juga seorang mangsa keadaan. Ayahandanya Sultan Alauddin Riayat Shah  mangkat pada usia yang masih muda. Oleh itu baginda menaiki takhta ketika masih kanak-kanak. Portugal pada awal abad ke16 yang mengasaskan sebuah empayar luar negeri.
Pada tahun 1509, Diego Lopez de Sequeira dengan 18 buah kapal dari Angkatan diRaja Portugal tiba di Melaka. Mereka merupakan orang Eropah pertama yang tiba di Asia Tenggara dan digelar "Benggali Putih" oleh orang tempatan. Oleh kerana orang-orang Portugis membuat kacau di Melaka seperti mengusik gadis-gadis dan mencuri, disamping perselisihan faham, Sultan Mahmud Shah kemudiannya mengarahkan supaya orang-orang Portugis dihalau dari Melaka. Angkatan Portugis diserang dan 20 anak kapalnya ditahan.
Pada 10 ogos 1511, sebuah armada laut Portugis yang besar dari India diketuai oleh Alfonso de Albequerque kembali ke Melaka. Albuquerque membuat beberapa permintaan membina markas Portugis di Melaka tetapi permintaannya ditolak oleh Sultan Mahmud Shah. Selepas 10 hari mengepung, pihak Portugis berjaya menawan Kota Melaka pada 24 ogos. Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang di pantai timur di mana beliau gagal dalam percubaannya mendapat pertolongan daripada negera China.



orang2 Portugis berminat berdagang di Melaka

Faktor Kegemilangan Melaka

Antara faktor kegemilangan  Melaka pada zaman kesultanan melayu Melaka ialah disebabkan beberapa faktor antaranya ialah :

Geografi : Terletak antara laluan kapal perdagang dari India &    
           China.
         : Terlindung dari tiupan angin monsun barat daya & timur
           laut.
         : Terdapat pelabuhan semula jadi.
         : Peranan org laut yg menjaga pengairan selat melaka.

Ekonomi  : Melaka menjadi tumpuan perdagang.
         : Melaka menjadi pusat entreport.

Politik & pentadbiran : Melaka menjalinkan hubungan dgn China.
                      : Undang2 yg adil di melaka menyebabkan   
                        Melaka aman.
                      : Mata wang yg digunakan di Melaka.
                      : Agama Islam di Melaka dijadikan agama
                        rasmi.



mata wang yg digunakan semasa Zaman Kesultanan Melayu Melaka



Peta laluan perdagang utk berdagang di Melaka


gambaran aktiviti perdagangan di Melaka

Parameswara

Menurut Sejarah Melayu,Parameswara yg dilahirkan sebagai Dharmaraja adalah Raja Singapura terakhir yg berasal dariketurunan Srivijaya . Pada tahun1342, seorang Putera Srivijaya dari Bentan bernama Sang Nila Utama telah menawan Temasek dan menubuhkan kerajaan Singapura lama. Baginda memerintah selama 48 tahun dan diiktiraf sebagai Raja Singapura oleh satu utusan dari Maharaja China , pada tahun 1366. Baginda secara rasmi bergelar Sri Maharaja Sang Utama Parameswara Batara Sri Tri Buana bermaksud "Yang Dipertuan kepada tiga dunia" melambangkan kekuasaan baginda ke atas Palembang, Bentan dan Temasik. Terdapat tiga orang lagi Raja dari keturunan baginda yang memerintah Singapura iaitu, Paduka Sri Pekerma Wira Diraja (1372 – 1386), Paduka Seri Rana Wira Kerma (1386 - 1399) dan yang terakhir Paduka Sri Maharaja Parameswara (1399 - 1401). Pada 1401, kerajaan Majapahit menyerang Singapura dengan bantuan Bendahara yang belot, Sang Rajuna Tapa. Parameswara telah berjaya melarikan diri menuju ke pantai barat Semenanjung Melayu untuk membuka ibu negeri yang baru .









Buku Sejarah Melayu 




Sunday, October 3, 2010

Asal Usul Negeri Melaka

Menurut Sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang pada tahun 1565, Parameswara melarikan diri ke Muar tetapi diganggu oleh biawak yang tidak terkira banyaknya. Penetapan di tempat yang kedua di Kota Burok juga gagal kerana kubu pertahanan yang mereka cuba mendirikan runtuh dengan serta merta. Kemudian Parameswara berpindah ke Sening Ujong. Setelah berada di sana, beliau melantik seorang menteri untuk mewakili dirinya dan kemudiannya beliau tiba di sungai, iaitu suatu kawasan persisiran pantai. Ketika itu, orang-orang Seletar mendiami di situ dan mereka meminta Parameswara menjadi raja . Semasa berburu di muara Sungai Bertam, Parameswara ternampak seekor pelanduk menendang salah seekor daripada anjing-anjing pemburunya. Parameswara tertarik dengan kegagahan pelanduk itu lalu beliau memutuskan membina sebuah penempatan di kawasan tersebut. Selepas menanyakan nama pokok (Pokok Melaka) yang diteduhnya, Parameswara menamakan tempat itu "Melaka".

Pengenalan

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403. Pada awalnya Melaka bukanlah sebuah kerajaan Islam. Hal ini berubah pada tahun 1409 apabila Parameswara berkahwin dengan puteri dari Pasai. Agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi Kesultanan Melayu Melaka oleh Sultan Muzaffar Shah. Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka berterusan selama lebih satu abad sehinggalah Melaka tewas di tangan penjajah Portugis pimpinan Alfonso de Albuquerque pada 1511. Sultan Mahmud Shah merupakan sultan terakhir Kesultanan Melayu Melaka. Pada 1528, seorang putera baginda Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan Kesultanan Johor bagi mewarisi Kesultanan Melaka.


Friday, October 1, 2010

MUKADIMAH ...

Alhamdullilah ... syukur kpd Allah . blog ini merupakan blog sy yg kedua . tetapi blog ini hanya utk tontonan kpd semua pembaca yg ingin mengetahui tentang sejarah yg berlaku di Malaysia samada sebelum atau selepas kemerdekaan tanah air kita . Blog ini merupakan tugasan yg diberikan oleh Encik Hafiz iaitu  pensyarah pengajian Malaysia kami , di sini kami bebas menulis apa2 yg berkaitan  Malaysia . Namun , disini saya telah memilih tajuk '' Zaman Kesultanan Melayu Melaka '' sebagai tajuk pilihan saya . Disini saya akan kongsikan cerita Asal Usul Negeri Melaka , Pengasas Zaman Kesultanan Melayu Melaka , Perkembangan Melaka , Faktor Kegemilangan Melaka , Kejayaan Melaka & Kejatuhan Melaka , utk mengikuti semua sejarah Zaman Kesultanan Melayu Melaka , sila ikuti semua kisah yang telah sy tulis di dalam blog ini .